Tuesday, September 10, 2013

Pemerhati





Aku memerhati, dalam diam aku kaji

Hasilnya memuaskan hati ....

Banyak yang kau boleh terokai

Pelbagai benda tidak terduga akan terpancul jua

Yang tidak diduga dengan mata kasar dan halus

Yang tidak dapat difikir oleh akal secara zahir dan batin

Yang mampu membuat kau tergamam

Yang membuat jiwa lara kau beku

Yang membuat jasad kau mati

Yang membuat kaki kau tidak mampu berdiri lagi

Sehingga kau rasa tidak berdaya untuk bangkit ....

Buka matamu saat kau tertidur

Agar kau dapat melihat dengan jelas sejelasnya ....

Bila kau dapat merasakannya

Kau genggam seeratnya

Bila kau rasa ia tidak berguna lagi

Kau campak begitu sahaja

Oh, durjananya kau wahai manusia

Kau punya hati yang jelek

Sejelek nanah nanah yang berkudis

Senajis tahi yang bergelimpangan

Kotor dan hinanya jiwa kau

Fikirkan lah ....

Kau perlu ingat, hati adalah kehidupan

Yang mana kau perlukan pelbagai rasa untuk hidupkan hati ....

Kita dinilai bukan dari apa yang telah kita miliki

Renungkan, Sematkan dalam akal ....













No comments:

Post a Comment