SI PEMBENCI
PEMBENCI, aku tidak pernah peduli langsung dengan kata kata busuk yang keluar dari mulut kau, malah aku makin jelek, jelek dan jijik melihat sikap kau yang sedemikian rupa hinanya. Aku hidup didunia ini bukan untuk memuaskan hati kau, dia, mereka dan semua.... Hidup hanya sekali sahaja dan tiada guna kau perhabiskan seumur hidup untuk membenci makhluk lain yang mempunyai sifat dan sempurna tubuh badan seperti kau.... Persetankan kata kata durjana yang keluar dari mulut mereka kerna tidak semua mulut manusia seumpama plastik yang boleh dironyok ronyok dan dibuang didalam tong sampah.... Ingat ! bukan mudah mahu puaskan hati semua orang sedangkan hati sendiri dibiar terabai. Dan kau si pembenci, habiskan seluruh hayat hidup kau dengan membenci dan kau akan terima balasan yang sama, ya... sama seperti kau mengeluarkan kata kata busuk kepada yang lain. Aku tidak sempurna dan kau jua begitu, tiada guna aku persetankan seluruh adikarya hidup aku diatas diri kau si pembenci. Dan kau memperlihatkan diri kau seperti bangkai busuk yang dimamah ulat ulat sampah. Alangkah indahnya jikalau kau dapat melihat betapa ke-durjanaanya diri kau sebegitu rupa, OH ! tetapi aku lupa kerna kau .... kau begitu sibuk sibuk dan sibuk menjaga tepi kain orang lain sampai kau lupa akan kain yang kau pakai sudah lusuh selusuhnya dan koyak rabak. Akan aku ludahkan di muka kau sebuah senyuman bangga dimana kau sendiri buntu buntu dan buntu bagaimana aku masih lagi mampu tersenyum. Aku tidak perlukan sandiwara parasitmu kerna aku punya sandiwara yang lagi hebat darimu. Aku tidak perlukan ucapan manis mu yang ibarat madu tetapi menikam sanubari kerna aku punya ucapan lebih berbisa dari bisa kala jengking yang mampu mengubatinya. Lupakan hasratmu itu sayang, kerna hati aku kental.... kental dari kata kata durjana kau. Kepada si pembenci, pergi bantu diri kau sendiri dulu sebelum kau mahu mencelah dalam dunia orang lain .....


.jpg)
No comments:
Post a Comment